Thursday, March 15, 2012

aku bukan seorang wanita yang sempurna. pernah melakukan kesilapan pernah melakukan dosa. silapku datang dari diri sendiri. aku seorang yang lemah. tidak tahan dengan godaan dunia. mungkin iman aku masih lagi kurang. agamaku masih cetek. tidak mengenal dosa mahupun pahala. ikut kan kata hati yang sentiasa ingin memberontak. syaitan sentiasa membisikkan agar melakukan dosa. meninggalkan suruhanNya.
saat itu Allah turunkan dugaan yang amat pedih buatku. sukar untuk diterima di hati kecilku ini. aku seperti hilang kewarasan diri. saat itu terasa diri ini terumbang ambing. aku tidak setabah itu ya Allah. ketika itu aku selalu mempersoalkan kenapa itu semua berlaku. mengapa kau ambil orang yang aku sayang dan kau tinggal kn kesedihan dalam diriku?
keluargaku serta sahabat2 sentiasa di sisi ketika itu.memberiku kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang terjadi. baru aku tahu betapa lemahnya hambamu ini ya Allah. betapa hinanya diri ini di sisiMu. aku harus bangkit dari kesedihan. musibah, dugaan, ujian yang menimpa ini ada hikmah di sebaliknya, Dia mahu aku terus kuat meneruskan kehidupan berhadapan dengan masalah dunia. juga reality dunia yang kadang2 menyakitkan. Dia mahu aku ingat kepadaNya dan sujud kepadaNya memohon bantuan. memohon perlindungan. serta segera bertaubat kepadaNya. insaf dengan dosa2 yang telah di lakukan.
mungkin aku masih lagi insan biasa sama seperti dahulu pada pandangan mata kasar. namun jauh di sudut hati ini aku sedar akan kesilapan aku ya Allah. aku mahu menjadi hamba yang taat kepadamu Ya Allah. berikanlah aku kekuatan dalam menempuh segala dugaan ini. aku tahu Kau turunkan dugaan untuk menunjukkan rasa sayangMu terhadap hambaNya. menguji betapa kuatnya iman seseorang itu.
maaf aku hanya insan biasa. yang sering melakukan dosa. aku akan cuba menjadi hambamu yang terbaik dan cuba perbaiki diri ini.mungkin aku tidak sehebat wanita lain namun aku akan berusaha untuk menjadi hambamu yang sentiasa melakukan segala suruhanMu untuk mendapat keberkatan di sisiMu Ya Allah..
doronglah aku, bimbinglah aku ke jalan yang benar agar aku tidak lagi terus menerus melakukan kesalahan yang sama. InsyaAllah..

2 comments:

  1. akak , post akk yg ni cm tusuk kt hati je , sedey sgt , zira pon tgh sme sedeyh cm ni , tengs bile bace baru rse semangat sket ;)

    ReplyDelete
  2. hahah zira .. akk tulis ap yg akk rse .. supaya dri ni jd kuat .. :)

    ReplyDelete